Wednesday, January 13, 2010

Sanctuary Kelah

Sanctuary ikan kelah tasik kenyir terletak di Sungai Petang...perjalanan ke Sanctuary kelah dengan menggunakan speedbot mengambil masa lebih kurang 1 jam dari Pengkalan Gawi...sampai saje di muara sungai, pelawat terpaksa berjalan kaki lebih kurang 30 minit untuk sampai ke lubuk kelah..sebelum hendak memasuki sanctuary kelah, pelawat kena dapatkan permit masuk terlebih dahulu..permit berharga rm10 untuk seorang..ianya boleh didapati di kaunter pertang Island Resort, Pengkalan Gawi..bagi perkhidmatan bot pula, caj yang dikenakan adalah sebanyak rm 550 untuk sebuah bot yang boleh memuatkan seramai 8 orang penumpang...pelawat tidak dibenarkan sama sekali membawa masuk sebarang alat2 yang boleh digunakan untuk pancing kerana ianya kawasan larangan memancing. Waktu operasi sanctuary adalah daripada jam 8 pagi hingga 12.00 tgh hari..

No comments:

Post a Comment